Sunday 27 May 2012

Ke Dataran Bukit Gantang...

Ke Dataran Bukit Gantang tempat kejadian dan pengambilan 'goodies bag'.

latitude          4°47'0.87"N
longtitude      100°45'36.66"E

mengikut google earth.



Jika dari Kuala Kangsar mengikut jalan persekutuan jaraknya adalah 30km dan jika dari Changkat Jering ke Dataran Bukit Gantang jaraknya adalah 5km. 

Rakan dari Selatan, jika menggunakan lebuhraya anda boleh memilih samada untuk keluar tol Kuala Kangsar dan terus menghala ke Taiping memandu sehingga 30km untuk ke tempat jamboree atau jika memilih untuk keluar tol Changkat Jering @ Taiping Selatan terus memandu menghala ke Kuala Kangsar melalui jalan persekutuan, memandu sehingga 5km untuk ke tapak jamboree.

Rakan dari Utara, anda boleh memilih Tol Taiping Utara (Tol Kamunting) dan terus menghala ke Simpang (Jangan menghala ke Kamunting) memandu sehingga 18.5km dalam perjalanan akan jumpa Simpang terus ke Changkat Jering dan terus ke tapak jamboree atau nak senang terus je ke Tol Changkat Jering(Taiping Selatan) boleh pekena satay kat tapak pasar malam tu ataupun pecal (sayuran yang dicampur dgn kuah kacang) bawak anak bini masa cuti lain kali pi jamboree senang. 


Tempat pengambilan goodies


parking area


Tempat Permulaan...  diharap rider tidak meletak kenderaan dikawasan ini.


Lorong Ke Tempat Permulaan @ START








Antara kemudahan yang terdapat di sini



Maklumat Tambahan

Untuk Makluman Rider


Pihak penganjur telah berurusan dengan Sykt Takaful Malaysia Bhd. Pada peringkat awal, Syarikat Takaful telah bersetuju untuk memberikan perlindungan insuran kepada semua rider yang menyertai Bukit Gantang Jamboree, namun pada saat akhir pihak insuran telah membuat keputusan untuk menarik diri.  Oleh yang demikian, pihak penganjur tidak dapat mencari syarikat insuran yang lain pada saat-saat akhir ini.  Walau bagaimana pun pihak penganjur akan mempertimbangkan untuk memberi saguhati kepada rider (jika ada) yang terlibat dalam kecederaan atau kemalangan yang berat. 

Sekian harap maklum

Pengambilan GOODIES BAG



Salam Rider Semua.... 

Pengambilan goodies bag boleh dilakukan pada tarikh dan masa berikut :-

Tarikh              :  2hb Jun 2012 (Sabtu)
Jam                 : 10.00 pagi sehingga 12.00 malam
Tempat            :  Dataran Bukit Gantang (Balai Penghulu) Bersebelahan
Gelanggang Futsal


Diharap semua rider dapat mematuhi pada tarikh dan masa yang di tentukan. Bagi rider yang tidak dapat mengambil goodies pada masa  yang ditetapkan, boleh mengambil goodies pada akhir event(petang).
Sebarang kemusykilan sila hubungi :-

1. Adam Manang 0125060396       2. Jameel Chiru 0124397272