Sunday 27 May 2012

Ke Dataran Bukit Gantang...

Ke Dataran Bukit Gantang tempat kejadian dan pengambilan 'goodies bag'.

latitude          4°47'0.87"N
longtitude      100°45'36.66"E

mengikut google earth.



Jika dari Kuala Kangsar mengikut jalan persekutuan jaraknya adalah 30km dan jika dari Changkat Jering ke Dataran Bukit Gantang jaraknya adalah 5km. 

Rakan dari Selatan, jika menggunakan lebuhraya anda boleh memilih samada untuk keluar tol Kuala Kangsar dan terus menghala ke Taiping memandu sehingga 30km untuk ke tempat jamboree atau jika memilih untuk keluar tol Changkat Jering @ Taiping Selatan terus memandu menghala ke Kuala Kangsar melalui jalan persekutuan, memandu sehingga 5km untuk ke tapak jamboree.

Rakan dari Utara, anda boleh memilih Tol Taiping Utara (Tol Kamunting) dan terus menghala ke Simpang (Jangan menghala ke Kamunting) memandu sehingga 18.5km dalam perjalanan akan jumpa Simpang terus ke Changkat Jering dan terus ke tapak jamboree atau nak senang terus je ke Tol Changkat Jering(Taiping Selatan) boleh pekena satay kat tapak pasar malam tu ataupun pecal (sayuran yang dicampur dgn kuah kacang) bawak anak bini masa cuti lain kali pi jamboree senang. 


Tempat pengambilan goodies


parking area


Tempat Permulaan...  diharap rider tidak meletak kenderaan dikawasan ini.


Lorong Ke Tempat Permulaan @ START








Antara kemudahan yang terdapat di sini



Maklumat Tambahan

Untuk Makluman Rider


Pihak penganjur telah berurusan dengan Sykt Takaful Malaysia Bhd. Pada peringkat awal, Syarikat Takaful telah bersetuju untuk memberikan perlindungan insuran kepada semua rider yang menyertai Bukit Gantang Jamboree, namun pada saat akhir pihak insuran telah membuat keputusan untuk menarik diri.  Oleh yang demikian, pihak penganjur tidak dapat mencari syarikat insuran yang lain pada saat-saat akhir ini.  Walau bagaimana pun pihak penganjur akan mempertimbangkan untuk memberi saguhati kepada rider (jika ada) yang terlibat dalam kecederaan atau kemalangan yang berat. 

Sekian harap maklum

Pengambilan GOODIES BAG



Salam Rider Semua.... 

Pengambilan goodies bag boleh dilakukan pada tarikh dan masa berikut :-

Tarikh              :  2hb Jun 2012 (Sabtu)
Jam                 : 10.00 pagi sehingga 12.00 malam
Tempat            :  Dataran Bukit Gantang (Balai Penghulu) Bersebelahan
Gelanggang Futsal


Diharap semua rider dapat mematuhi pada tarikh dan masa yang di tentukan. Bagi rider yang tidak dapat mengambil goodies pada masa  yang ditetapkan, boleh mengambil goodies pada akhir event(petang).
Sebarang kemusykilan sila hubungi :-

1. Adam Manang 0125060396       2. Jameel Chiru 0124397272

Wednesday 25 April 2012

LUCKY DRAW

Diantara cabutan bertuah yang bakal dimiliki


Frame MERIDA MATTS 1000
Bernilai RM1200.00


BNB Rack Model 6313
Bernilai RM650.00


20" Single Speed Folding Bike
Bernilai RM300.00
 

16" Single Speed Folding Bike
Bernilai RM280.00


Cateye Velo 9 x 5pcs
Setiap satu bernilai RM85.00

DAN

berbagai lagi bakal menyusul disamping
hamper hamper yang
bernilai RM30.00 setiap satu.





Sunday 22 April 2012

Terkini

Berita baik, pihak komitti penganjur telah bersetuju untuk menukarkan Tee Shirt event kepada Jersey Basikal untuk semua peserta yang mendaftar tanpa sebarang kos tambahan. 


Friday 6 April 2012

Pemenang Pertama Hadiah Misteri

TAHNIAH KEPADA EN SHAHIZZAM B SHAFIAE, NO. PLATE 075 KERANA BERJAYA MEMENANGI HADIAH MISTERI. KEPADA RIDER2 YG LAIN, CEPAT MENDAFTAR MANA TAHU ANDA TERPILIH SEBAGAI PEMENANG HADIAH MISTERI YANG PIHAK PENGANJUR TELAH TETAPKAN.
 * Sila tuntut hadiah Misteri anda pada hari event nanti.
SEKIAN HARAP MAKLUM
HADIAH MISTERI SETERUSNYA....    

Anda Di Lindungi

SETIAP RIDER YANG MENDAFTAR UNTUK JAMBOREE INI AKAN DILINDUNGI INSURANS ( SEBANYAK RM2.00 DRPD YURAN PENDAFTARAN RM 50.00 AKAN DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN INSURANS).
* Perlindungan adalah tertakluk pada syarat syarat dan terma pihak Insuran yang terbabit.
SEKIAN HARAP MAKLUM

Lakaran Kasar Tee Shirt BGMJ2012


Material : Cool Fit Quick Dry Tee Shirt

Wednesday 4 April 2012

Tarikh Pendaftaran Di Lanjutkan

Setelah mengambil kira pandangan dari rakan rakan rider dan juga blog chating pihak penganjur telah bersetuju melanjutkan tarikh akhir pendaftaran kepada 28hb April 2012.

Borang yg telah dicetak masih boleh digunapakai dan pada yang belum memuat turun borang tarikh tutup pendaftaran telah diperbetulkan.

Terima kasih.

"Team Admin Bukit Gantang Mtb Jamboree 2012"

Tuesday 27 March 2012

Pendaftaran Telah Di Buka

Berita baik buat semua, borang penyertaan telah dimuatkan dan ini bermakna penyertaan telah dibuka, cepat mendaftar kerana kami pihak BGMJ2012 akan memberikan hadiah misteri kepada peserta peserta yang berjaya mendaftar untuk nombor nombor terpilih. Nombor nombor terpilih tersebut akan dipamerkan di ruangan ini pada minggu hadapan. 

Jadi segeralah mendaftar mana tahu mungkin anda adalah orang yang bertuah.

'Team admin Bukit Gantang MTB Jamboree 2012'

Friday 23 March 2012

Bukit Gantang MTB Jamboree



PENGENALAN

Bukit Gantang MTB Jamboree 2012 yang akan dianjurkan buat julung-julung kali di kawasan Bukit Gantang Taiping Perak

Sebagai sebuah kawasan yang dipenuhi tempat tempat menarik, (sebagai contoh terkenal dengan kawasan pengeluaran buah-buahan tempatan khususnya buah durian) dan tempat bersejarah, pihak kami amat berbesar hati ingin menonjolkan Bukit Gantang sebagai satu pusat aktiviti berbasikal lasak.

Dengan adanya trek/litar basikal lasak yang mencabar, diharap BUKIT GANTANG MTB JAMBOREE 2012 akan dapat menonjolkan lagi Bukit Gantang sebagai destinasi pelancongan yang diingati sesiapa yang berkunjung ke sini.
Bersempena dengan Tahun Melawat Perak, kami sebagai kelab peminat basikal lasak dengan kerjasama Belia 4B Trong telah bersepakat untuk menjayakan acara tersebut.

Butir butir acara adalah seperti berikut :-
 

 BUKIT GANTANG MOUNTAIN BIKE JAMBOREE 2012

Tarikh : 3hb Jun 2012

Hari : Ahad

Venue : Dataran Bukit Gantang


Yuran Penyertaan : RM50.00 
(Peserta akan mendapat Tee Shirt, Medal, Goodies Beg, Makan Tengahari serta Cabutan Bertuah)
Penyertaan terhad kepada : 1000 peserta.
Jarak Trek : 40km ( 30% onroad / 70% offroad )
Tarikh Tutup Pendaftaran : 28hb April 2012 

Pihak kami akan mengemaskini blog ini dari masa ke semasa dan penyertaan hanya akan dibuka mulai minggu hadapan. Tunggu info selanjutnya. 




'Team Admin Bukit Gantang MTB Jamboree 2012'