Tuesday 27 March 2012

Pendaftaran Telah Di Buka

Berita baik buat semua, borang penyertaan telah dimuatkan dan ini bermakna penyertaan telah dibuka, cepat mendaftar kerana kami pihak BGMJ2012 akan memberikan hadiah misteri kepada peserta peserta yang berjaya mendaftar untuk nombor nombor terpilih. Nombor nombor terpilih tersebut akan dipamerkan di ruangan ini pada minggu hadapan. 

Jadi segeralah mendaftar mana tahu mungkin anda adalah orang yang bertuah.

'Team admin Bukit Gantang MTB Jamboree 2012'

Friday 23 March 2012

Bukit Gantang MTB Jamboree



PENGENALAN

Bukit Gantang MTB Jamboree 2012 yang akan dianjurkan buat julung-julung kali di kawasan Bukit Gantang Taiping Perak

Sebagai sebuah kawasan yang dipenuhi tempat tempat menarik, (sebagai contoh terkenal dengan kawasan pengeluaran buah-buahan tempatan khususnya buah durian) dan tempat bersejarah, pihak kami amat berbesar hati ingin menonjolkan Bukit Gantang sebagai satu pusat aktiviti berbasikal lasak.

Dengan adanya trek/litar basikal lasak yang mencabar, diharap BUKIT GANTANG MTB JAMBOREE 2012 akan dapat menonjolkan lagi Bukit Gantang sebagai destinasi pelancongan yang diingati sesiapa yang berkunjung ke sini.
Bersempena dengan Tahun Melawat Perak, kami sebagai kelab peminat basikal lasak dengan kerjasama Belia 4B Trong telah bersepakat untuk menjayakan acara tersebut.

Butir butir acara adalah seperti berikut :-
 

 BUKIT GANTANG MOUNTAIN BIKE JAMBOREE 2012

Tarikh : 3hb Jun 2012

Hari : Ahad

Venue : Dataran Bukit Gantang


Yuran Penyertaan : RM50.00 
(Peserta akan mendapat Tee Shirt, Medal, Goodies Beg, Makan Tengahari serta Cabutan Bertuah)
Penyertaan terhad kepada : 1000 peserta.
Jarak Trek : 40km ( 30% onroad / 70% offroad )
Tarikh Tutup Pendaftaran : 28hb April 2012 

Pihak kami akan mengemaskini blog ini dari masa ke semasa dan penyertaan hanya akan dibuka mulai minggu hadapan. Tunggu info selanjutnya. 




'Team Admin Bukit Gantang MTB Jamboree 2012'